Monday, 12 December 2011

Hubungan Kerajaan Nusantara Purba

Kajian genetik penghijrahan Melayu di Nusantara



Apabila  membuat kajian bangsa, satu perkara yang perlu diingat ialah tiada sempadan negara yang merentangi Nusantara. Tiada Indonesia, tiada Brunei, tiada Filipina, tiada Singapura bahkan tiada juga Malaysia yang menjadi sempadan berkembangnya sejarah bangsa di Nusantara di zaman dahulu.
Indonesia terbentuk menerusi penjajahan Belanda, Filipina pula setelah penjajahan Sepanyol. Bahkan Brunei dan Malaysia tertubuh setelah penjajahan Inggeris. Keramat Naga Melayu telah ditukar menjadi garuda dan harimau. Kemudian semakin mengecil menjadi kijang, rusa bahkan penyu. Singapura terlepas dari tangan Malaysia kerana misteri sejarah terancang, sehinggalah wujud satu-satunya pengkalan Israel di negara pulau tersebut.
Namun nasib buruk pula terpaksa ditanggung rakyat Champa dan Patani kerana masing-masing ditakluk oleh musuh tradisi mereka sejak ratusan tahun.  Champa ditakluk menerusi perang oleh Vietnam manakala Patani dijajah menerusi kertas perjanjian di antara dua kuasa penjajah, iaitu Thailand dan Inggeris. Sedangkan Acheh yang benyak jasanya kepada dunia Melayu-Islam di nusantara telah diserah oleh Belanda kepada Indonesia menerusi helah atau konspirasi terancang disebalik siri penjajahan di nusantara tersebut.

Kerajaan Melayu Sriwijaya termasuk dalam empayar besar dunia



Seperti yang tersedia maklum bahawa Kerajaan Melayu pertama di nusantara ialah Champa. Raja-rajanya adalah dari keturunan raja-raja agung dari Parsi, yang telah membentuk empayar-empayar agung dunia di zaman dahulu kala. Bangsa Melayu itu sendiri adalah lahir dari keturunan raja-raja serta bangsawan empayar purba. Dari Champa, raja-raja ini kemudian membuka kerajaan-kerajan disegenap pelusuk nusantara dan akhirnya terbentuk empayar-empayar yang menguasai persempadanan dunia timur dan barat. Empayar Langkasuka, Sriwijaya, Sailendra serta Majapahit telah menjadi sebutan bangsa Eropah sehingga memabukkan mereka untuk menguasainya disebabkan kekayaan hasil bumi disamping kedudukan geografinya yang strategik.



Empayar Langkasuka

Penghijrahan bangsa Melayu dari Champa (wangsa Mala, bangsa Gunung) membuka penempatan di kawasan utara semenanjung Tanah Melayu  telah membentuk Empayar Langkasuka, pada  sekitar tahun 200 Masehi (Kurun Ke-2 hingga kurun ke-14 Masehi). Pusat pentadbiran Langkasuka di antara abad ke 3 hingga abad ke 6 terletak di Kedah. Selepas abad ke 6, pusat pentadbirannya telah dipindahkan ke Patani (Patani yang dimaksudkan ialah Patani bermula 200 Masehi sehingga 1800 Masehi, yang meliputi Patani, Kelantan dan sebahagian Terengganu). Pentadbiran Langkasuka-Timur terletak di Cahaya/Jaya, di utara Semenanjung Tanah Melayu (Segenting Kra).

Empayar Sriwijaya



Di Palembang pula, masyarakat Melayu Champa (Melayu-Deutro) telah berhijrah ke sana serta berlaku asimilasi dengan Melayu Palembang (Melayu-Proto), telah berkembang biak sehingga membentuk Empayar Sriwijaya pada sekitar tahun 700 Masehi.

Empayar Majapahit

Melayu-Deutro dari Champa juga telah berasimilasi dengan Melayu- Proto di Pulau Jawa yang mewujudkan Empayar Sailendra pada sekitar tahun 800 Masehi dan Empayar Majapahit pada tahun 1293 Masehi.
Pada tahun 750 Masehi, Kerajaan Sriwijaya di bawah pemerintahan Raja Jaya Wangsa (Raja Rudra Vikrama, 728 - 775), bercadang meluaskan empayarnya kerana ketika itu Pelabuhan Kataha (Kedah) sangat maju. Dalam tahun yang sama juga, Kerajaan Sriwijaya telah menyerang dan mengalahkan Empayar Langkasuka di Kedah.
Raja Sriwijaya, Raja Jaya Wangsa kemudiannya mengahwinkan putera baginda dengan puteri Raja Kedah. Pada ketika itu, Kedah dibawah pemerintahan Raja Mahawangsa. Melalui perkahwinan tersebut lahirlah putera-putera yang diberi gelaran Seri Wangsa. Putera sulung ditabalkan menjadi Raja Langkasuka-Kedah, manakala putera kedua ditabal sebagai Raja Langkasuka-Timur (Patani).
Kerajaan Sriwijaya telah menetapkan bahawa taraf Raja Patani adalah lebih tinggi daripada Raja Ligor, Raja Singgora dan Raja Cahaya. Patani adalah wakil kepada pemerintahan Empayar Sriwijaya yang berpusat di Palembang.
Pusat pentadbiran Langkasuka telah dipindahkan oleh Raja Sriwijaya ke Cahaya. Pada waktu itu nama Patani masih belum muncul. Pelabuhan Patani menjadi lebih maju berbanding Kedah. Dengan itu Kerajaan Sriwijaya tidak lagi mengambil berat tentang kemajuan Kedah. Bagaimana pun pelabuhan Kedah masih lagi menjadi tumpuan pedagang dari India dan Parsi sehinggalah pelabuhan tersebut dihancurkan oleh Kerajaan Chola dari India pada tahun 1025 Masehi. (Nota: Kerajaan Chola dari India hanya menyerang Kedah sahaja, bukannya menghancurkan kerajaan Sriwijaya. Hanya prasasti di India sahaja yang mendakwa serangan Chola terhadap Sriwijaya. Sedangkan bukti-bukti lain menyokong bahawa Kerajaan Sriwijaya masih maju dan mengawal perairan Selat Melaka dan Laut Champa/Laut China Selatan).
Pada tahun 775 Masehi, Empayar Sriwijaya menyerang pula negeri Ligor lalu menjadikannya negeri jajahannya. Raja Sriwijaya telah melantik seorang wakilnya untuk memerintah Ligor.
Raja Seri Wangsa di Patani pula memperolehi dua orang putera dan dua puteri. Putera sulung, Raja Antira Wangsa ditabal sebagai Raja Patani yang keturunan raja-raja negeri Patani sehinggalah raja terakhir Dinasti Seri Wangsa, Raja Kuning (Raja Patani, 1635 – 1688). Putera kedua bernama Raja Chandra Wangsa ditabal menjadi Raja Ligor.
Pada tahun 800 Masehi, berlaku peperangan antara negeri Jaya (Cahaya/Chaiya) dengan Negeri Cempaka Pura (Champa). Raja Patani telah menghulurkan bantuan kepada negeri Cahaya dan berjaya mengalahkan Champa. Hubungan persaudaraan negeri Cahaya dan Champa dipulihkan melalui perkahwinan putera Raja Champa dengan puteri Raja Cahaya.
Setelah 500 tahun Sriwijaya menguasai Langkasuka, pada tahun 1250 Masehi, telah berlaku perselisihan faham antara Kerajaan Sriwijaya dan Kerajaan Sailendra di Pulau Jawa. Ekoran dari itu tercetus perang antara kedua belah pihak, di mana raja-raja dari Kerajaan Sriwijaya di Semenanjung Tanah Melayu telah memberi sokongan ketenteraan kepada Kerajaan Sriwijaya di Palembang.

Kerajaan Sriwijaya dan Sailendra
Disebabkan kekuatan tentera kedua belah pihak adalah seimbang, tiada pihak yang kalah atau menang dalam peperangan tersebut. Lalu Kerajaan Sriwijaya membuka rundingan perdamaian dan kata sepakat pun telah dicapai. Langkasuka Timur (Patani) telah dibuka oleh Sriwijaya kepada Sailendra untuk melakukan kegiatan perniagaan. Pada tahun 775 Masehi, kerajaan Sriwijaya telah bertukar tampuk kuasa kepada Kerajaan Sailendra yang mana Empayar Sriwijaya diperintah oleh raja-raja dari Wangsa Sailendra. Pertukaran tampuk kepimpinan ini tidak menimbulkan masalah kerana Sriwijaya dan Sailendra mempunyai hubungan kekeluargaan yang masih rapat. Semenjak itu Raja Sailendra, Sri Maharaja (775 - 778) memerintah dua kerajaan sekaligus.

Semenjak itu wujudlah pertukaran dan perkongsian budaya antara Kelantan dan Jawa. Disebabkan berlaku proses asimilasi, maka sebahagian penduduk Patani-Kelantan telah bertutur dengan dielek campuran Melayu-Jawa.
Semasa abad ke 11, Patani telah pun menerima agama Islam secara meluas. Keadaan ini telah menyebabkan penduduk Ligor dan Cahaya tidak berpuas hati dengan raja-raja berketurunan Sriwijaya. Ini ditambah pula perasaan marah mereka kepada orang-orang Jawa yang tinggal di Patani (Kelantan) kerana sikap mereka yang kasar. Lalu pada tahun 1295, rakyat kedua negeri tersebut bangkit memberontak dan bekerjasama dengan Kerajaan Siam Ayuthia menghalau raja-raja berketurunan Sriwijaya di Ligor dan Cahaya ke Patani. Peperangan tersebut adalah peperangan Melayu-Buddha menentang Melayu-Islam di Patani. Raja Cahaya kemudian berundur ke Bukit Panau, Tanah Merah (di Kelantan sekarang) dan menubuhkan Empayar Chermin Jeddah - Langkasuka. Raja Cahaya terakhir juga Raja Chermin Jeddah - Langkasuka pertama ialah Raja Sakranta atau Raja Zainuddin (setengah pendapat menyebutnya Raja Aminuddin). Raja Ligor dan Raja Cahaya kemudiannya menubuhkan negara Tambralingga.
Setelah runtuhnya Kerajaan Sailendra pada abad ke-9 dan diikuti oleh Kerajaan Sriwijaya pada abad ke-14, Empayar Chermin Jeddah-Langkasuka masih lagi mempunyai hubungan persaudaraan dan akrab dengan Empayar Majapahit yang muncul pada tahun 1293 Masehi. Raja-raja serta rakyat kedua-dua kerajaan berasimilasi serta bekerjasama sehingga terbentuk pula Empayar Chermin Jeddah-Majapahit II setelah runtuhnya Empayar Langkasuka pada abad ke-14. Bagaimana pun amanah daripada Raja Sriwijaya pada tahun 750 Masehi masih lagi dijaga dengan Raja Patani masih lagi menaungi negeri di bawah takluknya.
Pertalian hubungan raja-raja di nusantara ini bermula dari Champa... Aji Saka. Lagenda Jawa tentang Aji Saka serta Medan Kemulan yang terdapat di negeri Kelantan adalah kunci kepada hubungan antara Melayu di seluruh pelusuk Nusantara....





3 comments:

  1. Dengan takzimnya bahaw Syeikh Kerutuk telah membuat sedikit penambahan fakta dalam tajuk ini. Jadi kepada tuan puan yang budiman sekelian yang telah membaca tajuk ini diharap ambil maklum. Terima kasih kerana sudi singgah di blog yang tiada seberapa adanya ini.

    ReplyDelete
  2. SAYA AMAT BERMINAT DENGAN SEMUA ARTIKEL YANG DIKUPAS OLEH TUAN SYEIKH.BAYANGKAN MASA SAYA SEKOLAH DULU SUBJEK SEJARAH TENTANG TANAH MELAYU NI TAK SEDETAIL MANA PALING2 PUN HANYA MENEKANKAN TENTANG SEJARAH KESULTANAN MELAKA JER... NAMPAK SANGAT KAT SINI YANG SEJARAH BANGSA KITA SENGAJA DITUTUP OLEH PIHAK-PIHAK BERKEPENTINGAN.LAGI SATU,SAYA PERNAH TERBACA DALAM SATU BLOG NI YANG MENGATAKAN KERAJAAN JOHOR DAHULU MEMPUNYAI HUBUNGAN YANG AMAT RAPAT DENGAN KHILAFAH UTHMANIYAH, TURKI SEBELUM KEJATUHANNYA.HAL INI PUN TIDAK PERNAH DIWAR-WARKAN UMUM.

    ReplyDelete
  3. Teruskan membaca Saudara akim85... saya amat berbangga dengan mereka yang meminati sejarah. Sejarah akan membentuk sikap sesuatu bangsa, umpamanya sejarah Yahudi. Mereka menghayati sejarah mereka lalu bangkitlah cita-cita untuk menguasai dunia.

    ReplyDelete