Monday, 20 February 2012

Empayar Chermin: Kebangkitan Semula Nusantara


Siapakah yang benar-benar mempunyai bukti bagi menerangkan sesuatu peristiwa yang dinamakan sejarah Melayu terdahulu? Dari manakah sumber catatan yang menjadi bukti sehingga terbukunya subjek sejarah yang diajar serta dirujuk oleh masyarakat hari ini? Jawabnya dari Inggeris, dari luar negara…
Di manakah pula sumber dari orang Melayu sendiri…? Jawapannya juga ada di dalam sejarah Melayu yang di’kaji’ oleh bangsa asing… sumber dari bangsa Melayu sendiri adalah tidak sahih???


Syabas kepada pengkaji sejarah generasi baru yang benar-benar jujur dalam mencari kegemilangan bangsa mereka suatu masa dahulu. Dan di dalam pengkajian mereka, sudah hampir-hampir membongkarkan sesuatu yang misteri… mungkin menjadi kontroversi…. Dan sangat bertentangan dengan sejarah yang sangat masyhur kini….
Ketandusan akal disebabkan kuasa dan politik menyebabkan sejarah Melayu perlu dikaji semula… menurut selera mereka… yang berkepentingan…!!!! Hang Tuah tidak wujud… sejarah Melaka dikaji semula mengikut versi penjajah yang lain dari sebelumnya….
Selamat bersejarah kepada ahli sejarah yang menggunakan sejarah untuk keperluan isi perut dan isi rumah….


Sejarah Empayar Chermin…..!!!!



Asal Chermin
Empayar Chermin telah wujud kira-kira seiring dengan tenggelamnya nama Empayar Langkasuka, iaitu sebuah empayar yang wujud serta keluasan takluknya tidak terakam dengan tepat di dalam buku-buku sejarah di zaman berteknologi tinggi kini. Boleh dikatakan bahawa Empayar Chermin ini adalah warisan atau kesinambungan daripada kerajaan Empayar Langkasuka, begitu juga para raja-raja yang memerintah Empayar Chermin ini adalah keturunan Raja-Raja Sriwijaya.

Penguasaan Empayar Chermin
Menerusi asakan oleh tentera Siam, Raja Langkasuka telah berundur dari Cahaya di Segenting Kra dan membuka penempatan serta pusat pemerintahan di Kota Mahligai, pada abad ke-14. Dari situ maka bermulalah nama Chermin yang seakan mempunyai nama penghubung dengan penempatan awal kerajaannya di Cahaya. Semasa bermulanya keberadaan Empayar Chermin, nama Patani masih belum muncul. Asakan berterusan oleh tentera Siam menyebabkan pusat pemerintahan Chermin dipindahkan pula ke Kota Jiddah.  Setelah munculnya Kerajaan Patani pada abad ke-15, Empayar Chermin semakin mengucup, sehingga sedikit demi sedikit namanya semakin pudar sehinggalah wujudnya negeri yang dikenali sebagai Kelantan.
Menurut sesetengah riwayat, keluasan Empayar Chermin pernah menjangkau sehingga ke sebahagian negeri Perak sekarang, sebahagian negeri Kedah, ke sempadan Ligor sehinggalah Singgora. Disebabkan asakan serta perluasan Kerajaan Siam, maka lama kelamaan Empayar Chermin semakin mengecil, sehinggalah munculnya Kerajaan Patani, yang juga berasal dari Kota Mahligai, telah bangkit sebagai sebuah kuasa baru yang kuat bangkit menentang penguasaan Siam. Kekuatan Kerajaan Patani dapat diukur dari keluasan negeri yang berada di bawah naungannya, bermula dari Pahang sehinggalah ke Segenting Kra. Penguasaan Patani dalam merampas kembali kedaulatan negeri-negeri Melayu setelah berjaya menundukkan Ligor yang sentiasa mendapat bantuan dari Kerajaan Siam di Indo-China.



Champa: Asal Langkasuka-Nusantara
Chermin dan Patani sebenarnya adalah asalnya dari satu pemerintahan, juga adalah sebuah negeri yang sama. Raja-Raja yang memerintah Patani juga adalah bersaudara dengan Raja negeri Chermin, iaitu dari keturunan Maharaja Sriwijaya. Maharaja Sriwijaya itu sendiri sebenarnya asalnya dari negeri Chermin yang dikaitkan hubungan Medan Kemulan yang terdapat di Kelantan dan Medan Kemulan di Jawa, serta asal usul lagenda  Aji Saka yang melahirkan keturunan Raja-Raja Jawa. Namun ketika itu nama Sriwijaya masih belum masyhur, walaupun Chermin (Langkasuka) adalah tempat kelahirannya. Begitu juga asal usul Aji Saka adalah bermula dari Champa (Empayar Funan di Indo-China) yang berhijrah ke Langkasuka serta kemudiannya ke Tanah Jawa bagi mengembangkan zuriat yang bakal melahirkan Empayar Sriwijaya Agung, meliputi pemerintahannya ke seluruh Nusantara. Sedangkan bermulanya kedaulatan Kerajaan Sriwijaya adalah di Segenting Kra, meliputi Indo-China sehinggalah ke Champa. Kemudian pasang surut serta pusingan roda hukum karma yang menyebabkan Kerajaan Sriwijaya berundur ke Palembang di Sumatera bagi mengumpul semula kekuatan yang akhirnya berjaya menaikkan maruah bangsa Melayu untuk mentadbir serta menyusun pemerintahan di seluruh pelusuk bumi Nusantara.
Kelak setelah kedatangan Islam, putera-putera Raja dari Empayar Chermin kembali ke Champa, berjuang menentang penjajahan Vietnam seterusnya dilantik sebagai Raja Champa. Kemudian keturunan Raja Champa ini kemudiannya mengisi ketandusan pewaris tahta Kesultanan Kelantan dan Patani sehinggalah ke Seluruh Nusantara.

Chermin: Patani-Kelantan
Setelah Patani meluaskan semula penguasaanbangsa  Melayu di Segenting Kra, nama Chermin semakin terselit di celah lipatan keagungan Patani. Jika diperhatikan, sekiranya Chermin adalah saki baki Empayar Langkasuka, Patani juga boleh dikira sebagai tapak kebangkitan semula Empayar Chermin yang telah bertukar menjadi negeri Kelantan.  Sejarah pemerintah serta raja-rajanya juga adalah secara rawak dan silang dari keturunan yang asalnya sama. Sehinggalah kemuncaknya, Patani adalah pusat kepada pemerintahan raja-raja Melayu di sebelah Timur Tanah Melayu sehinggalah ke Segenting Kra. Raja Patani dengan sendiri dilihat lebih tinggi kedudukannya berbanding negeri di bawah naungannya.

Kelantan-Majapahit
Seperti secara umum yang telah diketahui bahawa Kelantan dan Majapahit adalah bersaudara. Persaudaraan tersebut adalah hubungan yang diperbaharui bagi menyambung kembali persaudaraan keturunan Lagenda Aji Saka, yang dikira sebagai datuk nenek orang Melayu di Nusantara. Semasa pemerintahan Empayar Sriwijaya, Kerajaan Sriwijaya tidak merampas tahta pemerintahan negeri di bawah naungannya. Menerusi ikatan perkahwinan, raja-raja pewaris tahta seterusnya adalah memiliki kedua-dua keturunan, iaitu Sriwijaya serta raja pemerintah yang asal. Begitulah hubungan persaudaraan diperbaharui dalam pemerintahan Sriwijaya. Dalam erti kata lain, pemerintahan Sriwijaya adalah bukannya secara menakluk, tetapi secara ikatan persaudaraan serta pengukuhan politik (pemerintahan) serantau bagi mengelakkan penguasaan bangsa lain yang ganas terhadap bangsa Melayu. Penduduk Jawa ramai berhijrah ke Chermin setelah Majapahit berjaya membantu Chermin menghalau Siam keluar dari bumi Melayu itu. Proses asimilasi ini telah membentuk pola kata unik di Kelantan bahkan pengaruh budayanya juga ikut diwarisi sehingglah ke hari ini.
Setelah kedatangan Islam ke Empayar Chermin, proses melengkapkan keturunan Bani Jawi juga berlangsung dengan teratur.Melalui perkahwinan dengan puteri diraja Chermin yang melahirkan zuriat pada kemudian menaiki tahta Kerajaan Kelantan. Penyebaran Islam ke Tanah Jawa yang dilakukan oleh pendakwah berdarah Kesultanan Kelantan-Champa juga bermula dari Empayar Chermin.

Patani-Kelantan
Semasa puncak penguasaan Patani di timur dan utara Tanah Melayu, Kelantan adalah saudara paling dekat dan rapat dalam menikmati atau mengharungi segala susah payah menyatukan bangsa Melayu di bawah satu pemerintahan pusat. Kemewahan di Patani bererti Kelantan turut sama dapat merasai nikmat tersebut, disebabkan bukan sahaja persaudaraan antara raja-rajanya, bahkan sejarah Langkasuka serta Champa membuatkan rakyat kedua-duanya  mempunyai pertalian persaudaraan yang rapat. Sehinggakan boleh diumpakan bahawa Raja Patani  dianggap bapa kepada rakyat Kelantan begitu juga Raja Kelantan juga adalah bapa kepada rakyat Patani. Hal ini adalah disebabkan seolah-olah tiada batas sempadan negeri bagi kedua-dua kerajaan Melayu tersebut.

Kemuncak Ketibaan Islam: Kelantan-Patani
Islam telah tiba di Nusantara pada kira-kita abad ke-8 Masehi melalui mubaligh atau pendakwah yang singgah semasa dalam perjalanan ke China. Terdapat juga riwayat yang menyebut bahawa terdapat ulama berdarah Arab dari Acheh yang datang berdakwah ke negeri Chermin. Namun ketika itu tahap penerimaannya masih terlalu sedikit serta amalan mereka masih bercampur baur dengan ajaran Hindu-Budha yang dianuti oleh datuk nenek mereka terdahulu. Puncak penerimaan dakwah Islam secara meluas ialah pada pertengahan abad ke-14 Masehi. Kedatangan Sayyid Hussein Jamadil Kubro bersaudara telah membangkitkan gelombang penerimaan Islam secara meluas. Chermin adalah tempat pertama yang dipijak oleh beliau dalam misi dakwahnya. Di Chermin, keturunan beliau telah membuka Kampung Sena (as-Sanawi), Jering/Jerim (al-Jarimi) serta beberapa kampong lagi di Patani (ketika itu nama Patani masih belum muncul). Setelah itu lahirlah golongan ulama yang ramai sehingga menjadi tumpuan luar ke patani dan Kelantan untuk mendalami ilmu agama.



Penyebaran Islam: Dari Champa-Chermin ke Seluruh Nusantara
Di Chermin, Sayyid Hussein Jamadil Kubro telah mengahwini Puteri rajanya yang bernama Puteri Linang Cahaya atau Puteri Mariam. Kemudian beliau membawa isterinya itu ke Champa untuk menyambung misi dakwahnya. Semasa di Champa, Puteri Mariam telah melahirkan seorang putera dan puteri. Putera tersebut ialah Maulana Malik Ibrahin (Sunan Gresik) dan adik perempuannya pula bernama Puteri Aisyah. Kedua putera dan puteri ini kemudian meneruskan usaha dakwa ayahanda mereka, dari Champa ke Tanah Jawa. Melalui perkahwinan dengan isteri kedua, iaitu puteri Raja Champa bernama Puteri Ramawati, telah melahirkan generasi Wali Sembilan (Wali Songo) serta golongan ulama/pemerintah yang kemudiannya mengembangkan dakwah Islamiyyah di kepulauan Indonesia. Mereka ini kelak bergabung dengan generasi pendakwah yang telah datang lebih awal sebelum mereka, seperti keturunan ulama/pendakwah/Sultan dari Acheh (yang sebelum itu telah banyak mengIslamkan kerajaan Melayu di sebelah Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu). Keturunan ini juga turut bergabung dengan pendakwah dari India dan Arab yang datang terkemudian lalu membentuk ikatan persaudaraan Islam yang mantap. Gabungan ulama-ulama inilah juga yang bangkit menentang penjajahan Portugis, Belanda serta Siam. Namun rahsia Allah Taala menerusi Qada’ dan Qadar-Nya, memperlihatkan bumi yang subur dengan Cahaya Islam ini jatuh satu demi satu kepada musuh Islam…..
Chermin adalah tempat kebangkitan Islamdi Nusantara, dari keturunannya raja-rajanya juga telah melahirkan kerajaan-kerajaan Melayu dan Islam, serta banyak lagi sejarah yang masih belum terungkai tentang Empayar Chermin yang banyak memainkan peranan penting dalam perkembangan sejarah silam Nusantara…. Dan kini apakah sudah wujud petanda Kebangkitan Semula Empayar Chermin: Kelantan-Patani… ke Nusantara???

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. hrmm..
    Sejarah menyaksikan segenting kra(tanjung melayu) adalah key point bg alam malayu ini. teluk siam itu adalah tempat mereka bermain, berulang alik dari tebing barat(malay peninsula) ke tebing timur(indochina khmer-champa).
    kini Thai mendominasi key area penting di bumi sebelah sini ini.

    mungkin ia(malay penisula)lebih penting dr semenajung italy(italian peninsula) di eropah yang menjadi tempat perebutan di alam barat sana dimana menjadi saksi tertegak nya sebuah kerajaan besar dlm sejarah manusia= Rome. Hatta ada satu surah khas Allah sebutkan tentang mereka didalam Quran.)

    Disini terdaptnya dua venice yg masyhur pd hari ini: singapore & bangkok. 2 kerajaan kafir yg saling menjadi center di hujung tanjung dan pusat teluk.
    Menunggu kebangkitan semula Malayu diakhir zaman adakah mempunyai perkaitan dengan penaklukan semula singapura dan pembukaan kota bangkok seusai pengembalian semula ketuanan malayu di The Malay Peninsula: Semenanjung Malayu itu..

    ReplyDelete
  3. Salam dari aku di tanah Jawa. qta adalah saudara. Aku dan kalian di Malaysia adalah ibarat satu tubuh, yang sekarang telah di cabik-cabik oleh para imperialis penjajah kafir. mari kita bersatu. Bersatu untuk menegakkan tegaknya dan jayanya ISLAM..masheteguh@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita dahulunya bersaudara....kini...kita sudah tidak mengenali antara kita...ayuh kita susuri kembali sejarah dahulu...carilah dengan mata hati dan bantuan Illahi...moga kita temui kembali jati diri bangsa ini...

      Ayuh kita bersatu kembali.....bersatulah atas nama Islam... kerana dahulu kita pernah mahsyur sehingga menjadi lupa diri...berpecah belah kerana saling merebut kuasa, nama dan harta...mulai jauh dari agama...hingga c penjarah dengan mudah membaham rakus maruah negeri2 ini...hingga dihilangkan identity diri...Bersatulah kita kerana Allah...semoga kesalahan dan dosa dahulu tidak lagi diulangi....

      Wahai saudara seagama ku di Nusantara...Lupakanlah segala sengketa. Ayuh sebarkan kasih sayang sesame kita...moga daripada kasih sayang ini hadirnya ukhwah...daripada ukhwah ini datangnya pula Rahmat Allah...daripada Rahmat Allah inilah...akan muncul kembali...ISLAM di NUSANTARA...yang akan menjadi kepada permulaan terlaksananya Janji Nabi...

      DAN HANYA...

      Syariat Allah impian kami...

      DI MANA LANGIT DI JUNJUNG, DI SITU ISLAM DI JUNJUNG.....

      Hidup ini sementara, Hanyalah Allah untuk segala-galanya~~~~

      Delete
  4. Nusantara 5 wilayah besar
    Rahsianya dijaga dengan teguh
    Akan bangkit kembali kegemilangannya
    Berpaksikan dengan kalimah agung
    La illa hailalallah.Muhammad rasul Allah

    ReplyDelete