Monday, 27 February 2012

Salasilah Wali Songo


Pada menyatakan kisah Wali Songo ini adalah sangat sukar memastikan kesahihan isi penyampaiannya. Banyak kisah benar telah ditokok tambah menjadikannya ia sebuah lagenda atau cerita rakyat yang lama kelamaan akan hilang keaslian kisah kewalian mereka. Begitu juga dalam meneliti salasilah serta asal usul keturunan mereka. Terdapat banyak versi bagi setiap individu bagi sembilan waliyullah tersebut.
Terdapat beberapa faktor kenapa keadaan sejarah Wali Songo menjadi keliru. Antara puncanya ialah, agenda penipuan maklumat oleh penulis Inggeris seperti Stamford Raffles, penulis-penulis Belanda yang berfahaman zionis seperti Barros, Tom Pirres, Hendrik De Lame dan ramai lagi telah memutar belit sejarah supaya generasi terkemudian tidak lagi mengenal sejarah kedatangan Islam ke Nusantara, persaudaraan Islam tanpa sempadan dan yang paling dahsyat ialah memupuk semangat kebangsaan mengikut acuan negara masing-masing di Nusantara. Tujuannya ialah supaya umat Islam di Nusantara tidak akan bersatu dan terus bertelingkah sesama sendiri.
Selain itu terdapat juga ekstrimis kesukuan yang taksub dengan Sabdo Palun yang sengaja mereka-reka cerita dengan bertujuan yang tidak baik terhadap Wali Songo. Mereka tidak dapat menerima pemimpin atau orang yang lebih terserlah dari kaum mereka. Dengan itu dikatakan bahawa sebahagian Wali Songo adalah dari keturunan pemimpin mereka secara langsung. Inilah yang menyebabkan berlaku kecelaruan data salasilah serta sejarah Wali Songo.

Penulis akan secara serba ringkas menyentuh aspek salasilah Wali Songo kerana peranan mereka di Nusantara dalam menyebar agama Islam adalah terlalu besar. Ketokohan serta pengorbanan mereka juga wajar dicontohi dan diteladani oleh generasi akan datang.

Berikut ialah satu kajian terbaru yang dikemukakan oleh sahabat penulis yang mencatatkan salasilah Wali Songo dalam sebuah forum internet tanah air.

Wali Songo adalah bermaksud Wali Sembilan yang perkataan ‘songo’ itu adalah dari sebutan Jawa. Perkataan Wali Songo seringkali juga dieja sebagai Wali Sanga …


1) SUNAN GRESIK

Nama sebenar: Maulana Malik Ibrahim
Panggilan lain: Syeikh Maghribi, Kakek Bantal

Salasilah:

Maulana Malik Ibrahim bin Sayyid Barakat Zainul Alam bin Sayyid Jamaluddin al-Hussein bin Sayyid Ahmad Syah Jalaluddin.

Ringkasan:

- Bapanya, Sayyid Barakat Zainul Alam ialah putera kepada Sayyid Jamaluddin al-Hussein dan Puteri Linang Cahaya atau Puteri Mariam.
- Maulana Malik Ibrahim atau Sunan Gresik di Kerisik, Patani Darul Salam.
- Tahun kelahirannya tidak diketahui.
- Mempunyai seorang adik bernama Sayyid Ahmad Zainul Alam.
- Merupakan Kepala/Ketua Wali Songo dan yang paling tua.
- Pada tahun 1397, Maulana Malik Ibrahim mengetuai rombongan dakwah bersama Raja Chermin ke Jawa untuk mengislamkan Raja Majapahit.
- Negeri Chermin yang dimaksudkan ialah sebuah negeri yang besar yang merangkumi Kelantan Tua dan Patani yang berpusat di Kota Jeddah, Bukit Panau (sekarang di Tanah Merah, Kelantan). Ketika itu nama Kelantan dan Patani masih belum wujud.
- Berdakwah di Gresik, Jawa Timur dan membuka pusat pengajian di sana.
- Mempunyai 2 puteri, Siti Muqfaroh dan Siti Sarah.
- Meninggal dunia dalam tahun 1419, dan dimakamkan di Gapura Waten, Gresik di Jawa Timur.


2) SUNAN AMPEL

Nama sebenar: Maulana Ahmad Rahmatullah
Panggilan lain: Raden Rahmat

Salasilah:

Maulana Ahmad Rahmatullah bin Sayyid Ibrahim al-Akbar (Sunan Nggesik) bin Sayyid Jamaluddin al-Hussein bin Sayyid Ahmad Syah Jalaluddin.

Ringkasan:

- Bapa Sunan Ampel ialah Sayyid Ibrahim al-Akbar juga lebih dikenali sebagai Ibrahim Asmarakandhi atau Ibrahim Asmaro. Banyak lagi gelar lain yang diberikan kepadanya berdasarkan tempat2 di mana beliau berdakwah. Gelaran al-Akbar itu merupakan gelaran yang diambil dari bapanya, Sayyid Jamaluddin Hussein al-Akbar atau lebih popular dengan panggilan Sayyid Hussein Jamadil Kubro.
- Sayyid Ibrahim al-Akbar mempunyai 2 orang isteri.
- Isteri pertamanya di Patani ialah Wan Maimunah binti Syeikh Yusuf al-Syandani dan mempunyai 5 orang anak: Syeikh Wan Abdul Rahman, Wan Jamilah as-Syandaniyah, Syeikh Wan Yahya, Syeikh Wan Muhammad Yassin dan Syeikh Wan Hussein.
- Isteri kedua Sayyid Ibrahim al-Akbar ialah Puteri Canda Wulan binti Wira Bhadrawarman (Raja Champa), yang memperolehi 4 orang anak: Maulana Ishaq (Sunan Wali Lanang), Maulana Ahmad Rahmatullah (Sunan Ampel/Raden Rahmat), Maulana Ali Murtadho ( Raden Santeri/Tok Seban) dan Siti Zainab.
- Sunan Ampel dilahirkan di Champa.
- Mempunyai hubungan sepupu dengan Sunan Gresik.
- Dari Champa, Sunan Ampel berdakwah di Palembang
- Setelah Sunan Gresik meninggal dunia dalam tahun 1419, datuknya, Sayyid Jamaluddin al-Hussein telah menugaskan Sunan Ampel meneruskan dakwah di Jawa pula.
- Sunan Ampel berdakwah dan membuka pusat dakwah di Denta Ampel.
- Sunan Ampel meninggal dunia dalam usia yang sangat tua dan dimakamkan di Ampel, Surabaya.


3) SUNAN GIRI

Nama sebenar: Muhammad Ainul Yaqin
Panggilan lain: Raden Paku, Joko Samudro, Prabu Satmata

Salasilah:

Muhammad Ainul Yaqin bin Maulana Ishaq (Sunan Wali Lanang) bin Sayyid Ibrahim al-Akbar (Sunan Nggesik) bin Sayyid Jamaluddin al-Hussein bin Sayyid Ahmad Syah Jalaluddin.


Ringkasan:

- Bapa Sunan Giri ialah Maulana Ishaq (Sunan Wali Lanang) yang juga adik-beradik dengan Sunan Ampel.
- Maulana Ishaq berkahwin dengan Dewi Sekardadu puteri Prabu Menak Sembayu (Raja Blambangan) dan lahirlah Sunan Giri.
- Perkahwinan kedua Maulana Ishaq di Pasai dengan Wan Biru (Wan Fatimah) binti Sayyid Ali Nurul Alam pula melahirkan 7 orang anak: Siti Sarah, Siti Musalmah, Syeikh Muhammad Qossim, Siti Khatijah, Siti Maimunah, Syeikh Ibrahim dan Siti Aisyah.
- Sunan Giri dilahirkan di Blambangan dan dibesar dan dididik oleh Sunan Ampel iaitu bapa saudaranya sendiri.
- Rakan seperguruan di Pesantren Ampel ialah Raden Fattah.
- Setelah tamat pengajian dengan Sunan Ampel, beliau pergi pula menuntut ilmu agama di Pasai dan Pulau Besar, Melaka.http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=459570
- maka Sunan Giri membuka pusat pengajian agama di Desa Sidomukti, Selatan Gresik. Desa Sidomukti berada di kawasan bukit bukau yang bukit dalam Bahasa Jawa disebut giri.
- Apabila kerajaan Hindu Majapahit diruntuhkan oleh Raden Fattah dengan bantuan Wali Songo, Sunan Giri dilantik menjadi Penasihat Kerajaan Islam Demak menggantikan Syeikh Wan Hussein as-Senawi (Pateh Sri Amaravamsa) bin Sayyid Ali Nurul Alam.
- Sunan Giri kemudiannya dilantik sebagai Panglima Islam Demak dan Mufti Kerajaan Demak.
- Setelah Kerajaan Islam Demak berakhir, Sunan Giri diiktiraf sebagai Mufti Besar bagi semua kerajaan Islam di seluruh Pulau Jawa.


4) SUNAN BONANG

Nama sebenar: Makhdum Ibrahim
Panggilan lain: Raden Makhdum Ibrahim

Salasilah:

Raden Makhdum Ibrahim bin Maulana Ahmad Rahmatullah (Sunan Ampel / Raden Rahmat) bin Sayyid Ibrahim al-Akbar (Sunan Nggesik) bin Sayyid Jamaluddin al-Hussein bin Sayyid Ahmad Syah Jalaluddin.

Ringkasan:

- Bapa Sunan Bonang iaitu Sunan Ampel mempunyai 4 orang isteri.
- Isteri pertama, Nyai Ageng Manila (Rohana) binti Aryo Tejo (Temenggung Majapahit) yang melahirkan: Siti Sariah (Siti Syari’ah/Nyai Ageng Maloka), Siti Mutmainnah, Siti Hafsah, Raden Makhdum Ibrahim (Sunan Bonang), Raden Qasim (Sunan Drajat / Raden Syaifuddin) dan Siti Sarah.
- Isteri kedua, Dewi Karimah binti Ki Bang Kuning, melahirkan: Dewi Murtasiyah dan Dewi Mutasimah.
- Isteri ketiga, Nyai Ageng Bela (anak saudara Aryo Tejo) melahirkan: Raden Hasyhim
- Isteri keempat: tidak diketahui namanya, melahirkan: Ratu Asyiqah, Alawiyah, Maulana Ahmad Hasamuddin (Sunan Lamongan)
- Terdapat nama2 lain anak Sunan Ampel yang tidak diketahui ibu kandung mereka, sama ada orang sama meliki nama panggilan berbeza: Raden Zainal Abidin (Sunan Demak), Pangeran Tumapel dan Raden Faqeh (Sunan Ampel 2).
- Belajar agama dengan ayahnya sendiri, Sunan Ampel.
- Suka mengembara sambil berdakwah.
- Tempat pertama yang berdakwah ialah Kediri, ketika itu masyarakat masih beragama Hindu. Di sana Sunan Bonang mendirikan Masjid Sangkal Daha.
- Sunan Bonang kemudian menetap di Bonang, Lasem di Jawa Tengah dan mendirikan pusat dakwah yang kemudian dikenali sebagai Watu Layar.
- Walaupun menetap di Bonang, tetapi beliau tetap meneruskan kembara dakwah seperti ke Tuban, Pati, Madura dan akhirnya meninggal dunia di Pulau Bawaen.
- Sunan Bonang dimakamkan di Tuban, di bahagian barat Masjid Agung.


5) SUNAN DRAJAT

Nama sebenar: Raden Qasim
Panggilan lain: Raden Syaifuddin

Salasilah:

Raden Qasim bin Maulana Ahmad Rahmatullah (Sunan Ampel / Raden Rahmat) bin Sayyid Ibrahim al-Akbar (Sunan Nggesik) bin Sayyid Jamaluddin al-Hussein bin Sayyid Ahmad Syah Jalaluddin.

Ringkasan:

- Sunan Drajat adalah adik Sunan Bonang yang berbapakan Sunan Ampel.
- Belajar ilmu agama dari ayahnya sendiri di Denta Ampel.
- Tugasan pertama dari ayahnya ialah berdakwah melalui jalan laut pesisir Gresik.
- Akhirnya Sunan Drajat singgah di Dusun Jelog, Banjarwati.
- Setahun selepas itu, Sunan Drajat berpindah dan mendirikan pusat dakwah di Dalem Wulur yang dikenali sebagai Desa Drajat.
- Sunan Drajat terkenal dengan sifat suka membantu dan menolong orang lain.
- Di pusat pengajiannya, beliau memelihara ramai anak yatim dan menempatkan fakir miskin.



6) SUNAN GUNUNG JATI

Nama sebenar: Syarif Hidayatulah


Salasilah:

Syarif Hidayatullah bin Sultan Wan Abdullah Umdatuddin bin Sayyid Ali Nurul Alam bin Sayyid Jamaluddin al-Hussein bin Sayyid Ahmad Syah Jalaluddin.

Ringkasan:

- Bapa Syarif Hidayatullah, ialah Wan Abdullah yang mempunyai banyak gelarannya. Salasilah Sunan Gunung Jati adalah paling dan tidak banyak pertikaian. Ahli sejarah bersepakat dengan salasilah Sunan Gunung Jati tersebut.
- Wan Abdullah mempunyai 3 orang isteri.
- Isteri pertama, Nyai Rarasantang (Syarifah Mudaim) binti Prabu Siliwangi (Raja Panjajaran) melahirkan: Syarif Hidayatullah dan Syarif Nurullah
- Isteri kedua, Ratu Asyiqah binti Maulana Ahmad Rahmatullah (Sunan Ampel), melahirkan: Raden Fattah dan Syarif Babullah
- Isteri ketiga, Puteri Raja Champa, melahirkan: Wan Abul Muzaffar Waliyullah
- Syarif Hidayatullah berdakwah di Gunung Jati dan menjadi leluhur Kesultanan Cirebon.
- Beliau banyak memainkan peranan bersama anggota Wali Songo dalam menjatuhkan kerajaan Hindu Majapahit serta mendirikan Kerajaan Islam Demak.
- Sunan Gunung Jati terlibat dalam pengusiran Portugis di Sunda Kelapa.
- Beliau menggunakan kaedah seni tempatan yang diselaraskan dengan syariat Islam dalam misi dakwahnya untuk memujuk masyarakat memeluk agama Islam.
- Beliau bersama puteranya, Maulana Hasanuddin menyebarkan Islam sehingga ke Banten.


7) SUNAN KALIJAGA

Nama sebenar: Raden Said
Panggilan lain: Lokajaya, Syeikh Malaya, Pangeran Tuban, Raden Abadurrahman

Salasilah:

Raden Said bin Syeikh Ahmad (Raden Sahul / Temenggung Wilatika – Adipati Tuban) bin Syeikh Subakir (Muhammad al-Baqir / Syeikh Mansur) bin Sayyid Ali Nuruddin bin Sayyid Ahmad Syah Jalaluddin.

Ringkasan:

- Ayahnya Syeikh Ahmad atau Raden Sahul adalah tokoh yang dinamakan sebagai pemberontak untuk meruntuhkan kerajaan Hindu Majapahit.
- Masyarakat Jawa suka mengaitkan beliau suka berendam di dalam sungai (kali) atau ‘jaga kali’.
- Sunan Kalijaga memainkan banyak memainkan peranan penting dalam pembangunan Masjid Agung Cirebon dan Masjid Agung Demak.
- Beliau sangat akrab dengan saudaranya, Sunan Gunung Jati dan Sunan Bonang.
- Sunan Kalijaga berdakwah banyak menggunaan prinsip psikologi. Kaedahnya sangat lembut dan beransur2 berusaha menolak kepercayaan masyarakat terhadap agama Hindu.
- Kaedah menggunakan seni ukir, wayang kulit, gamelan dan burdah banyak menarik masyarakat ke jalan Islam sehingga tertolak kepercayaan lama masyarakat secara halus.
- Antara golongan pemerintah yang memeluk Islam melalui Sunan Kalijaga ialah Adipati Panadaran, Kartasura, Kebumen, Manyumas serta Pajang (Yogjakarta).
- Sunan Kalijaga meninggal dunia dalam usia melebihi 100 tahun dan dimakamkan di Kadilandu, Selatan Demak.


8) SUNAN KUDUS

Nama sebenar: Jaafar Shaddiq


Salasilah:

Jaafar Shaddiq bin Utsman Haji (Sunan Ngudung) bin Maulana Ali Murtadho (Raden Santeri) bin Sayyid Ibrahim al-Akbar (Sunan Nggesik) bin Sayyid Jamaluddin al-Hussein bin Sayyid Ahmad Syah Jalaluddin.

Ringkasan:

- Ibu Sunan Kudus ialah Nyai Ageng Maloka (Siti Syari’ah) binti Maulana Ahmad Rahmatullah (Sunan Ampel).
- Nenek sebelah ibunya ialah Siti Sarah, iaitu puteri Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik) dan Siti Fatimah (Wan Biru) binti Sayyid Ali Nurul Alam.
- Sunan Kudus menuntut ilmu agama dengan Sunan Kalijaga.
- Setelah menamatkan pengajian dengan Sunan Kalijaga, beliau berkelana berdakwa ke pendalaman Jawa Tengah, seperti Sragen, Simo sehinggalah Gunung Kidul.
- Cara dakwahnya lebih halus daripada gurunya Sunan Kalijaga.
- Sebelumnya para anggota wali (pendakwah Islam Jawa) tidak menemui calon yang sesuai untuk berdakwah di Kudus kerana masyarakatnya sangat tebal dengan ajaran Hindu dan Buddha dan keras terhadap ajakan terhadap agama lain.
- Di Kudus, beliau memanfaatkan segala symbol Hindu dan Buddha dalam dakwahnya. Kesannya dapat dilihat pada senibina Masjid Kudus.
- Syarah Sunan Kudus banyak menceritakan kisah ketauhidan dalam melembutkan hati masyarakat kepada Islam dan ternyata usaha itu berhasil.
- Apabila ayahnya, Sunan Ngudung (Utsman Haji) meninggal dunia, beliau diminta supaya menggantikan kekosongan jawatan Panglima Perang Demak yang ditinggal oleh ayahnya itu.
- Ketika Demak di bawah pimpinan Sultan Prawata, Sunan Kudus telah turut sama bertempur dengan Adipati Jipang, Arya Penangsang.


9) SUNAN MURIA

Nama sebenar: Raden Prawoto


Salasilah:

Raden Prawoto bin Raden Said (Sunan Kalijaga) bin Syeikh Ahmad (Raden Sahul / Temenggung Wilatika – Adipati Tuban) bin Syeikh Subakir (Muhammad al-Baqir / Syeikh Mansur) bin Sayyid Ali Nuruddin bin Sayyid Ahmad Syah Jalaluddin.
 
Sunan Gresik

Sunan Gresik


Maulana Malik Ibrahim merupakan putera Sayyid Barakat Zainul Alam bin Sayyid Hussein Jamadil Kubro dengan Puteri Linang Cahaya, puteri Raja Chermin (Raja Kelantan/Patani). Dilahirkan di Champa pada tahun 1350 dan meninggal dunia pada tahun 1419 dalam usia 69 tahun.
Dibesarkan serta mendapat didikan agama di Kerisek, Patani oleh saudara sebelah ayahanda beliau sebelum pulang semula ke Champa dan berdakwah di sana.
Pada tahun 1397, beliau bersama rombongan Raja Chermin, Sultan Iskandar Syah dan anakanda baginda, Sultan Saddiq Maulana telah ke Majapahit untuk memperbetulkan amalan Hayam Wuruk yang dikatakan mencampur ajaran Hindu-Shiva walaupun telah memeluk agama Islam.
Sunan Ampel

Sunan Ampel


Nama sebenarnya ialah Maulana Ahmad Rahmatullah Bin Sayyid Ibrahim al-Akbar Bin Sayyid Hussein Jamadil Kubro. Dilahirkan di Champa pada tahun 1377 dan meninggal dunia pada tahun 1533 dalam usia yang sangat tua, iaitu 156 tahun.
Beliau dibesarkan di Champa serta mendapat didikan agama daripada datuk dan ayahnya sendiri sebelum dihantar belajar di Patani.
Pada tahun 1397, dalam usia 20 tahun, Sunan Ampel telah mengikuti rombongan datuknya, Sayyid Hussein Jamadil Kubro ke Sulawesi. Ikut serta dalam rombongan tersebut ialah ayahnya, Ibrahim Asmarakandi (Ibrahim Asmaro) dan Maulana Ishaq. Bagaimana pun Sunan Ampel meneruskan perjalanannya ke Pulau Jawa dan menuju ke Ampel Denta serta berdakwah di sana. Beliau sering berhubung dengan bapa saudaranya, Sunan Gresik atas urusan dakwah. Setelah Sunan Gresik meninggal dunia pada tahun 1419, Ibrahim Asmarakandi dan Maulana Ishaq telah diminta oleh Sayyid Hussein Jamadil Kubro supaya ke Tanah Jawa meneruskan misi dakwah Sunan Gresik serta membantu Sunan Ampel menyebarkan Islam.
Sunan Giri
Sunan Giri

Muhammad Ainul Yaqin bin Makhdum Ishaq juga lebih dikenali sebagai Raden Paku. Beliau dilahirkan di Blambangan pada tahun 1442 dan meninggal dunia pada tahun 1506 dalam usia 64 tahun.
Beliau mendapat didikan agama di pesantren (pondok) Sunan Ampel, yang juga bapa saudaranya. Setelah tamat belajar, beliau telah membuka pesantren di Desa Sidomukti sebuah perkampungan berbukit bukau. Bukit di dalam bahasa Jawa adalah giri, dengan itu beliau digelar sebagai Sunan Giri selain Prabu Satmata.
Sunan Bonang
Sunan Bonang

Maulana Makhdum Ibrahim bin Maulana Ahmad Rahmatullah dilahirkan pada tahun 1450 dan meninggal dunia pada tahun 1525 dalam usia 65 tahun.
Mendapat didikan agama di pesantren ayahnya, Sunan Ampel di Ampel Denta. Beliau kemudiannya membuka pesantren di Lasem, Jawa Tengah disebuah tempat yang dikenali sebagai Bonang. Beliau telah dilantik sebagai mufti serta panglima pertama Kesultanan Demak.
Sunan Kalijaga
Sunan Kalijaga

Nama sebenarnya ialah Raden Said bin Raden Sahur dilahirkan dalam tahun 1450. Bapanya ialah pemerintah (Adipati) Tuban yang juga dikenali sebagai Arya Wilatika. Usianya dikatakan lebih 100 tahun dan masih lagi hidup semasa kelahiran Kerajaan Pajang pada tahun 1546 seta masih aktif merancang pembinaan tamaddun Islam ketika itu.
Sahabat serta rakan sepejuangan beliau yang paling rapat ialah Sunan Bonang dan Sunan Gunung Jati. Beliau berdakwah menggunakan kaedah seni tempatan yang diterap nilai Islam bagi menarik perhatian penduduk supaya memeluk agama Islam. Setelah Islam telah difahami sedikit demi sedikit seni dan adat kebiasaan yang bertentangan dengan Islam telah dihapuskan beliau.
Sunan Gunung Jati
Sunan Gunung Jati

Syarif Hidayatullah bin Wan Abdullah Umdatuddin dilahirkan pada tahun 1450 dan meninggal dunia pada tahun 1568 dalam usia 118 tahun.
Beliau banyak mengembara ke luar negeri untuk menuntuk ilmu agama. Semasa usianya belasan tahun, belai telah dihantar oleh bapanya ke Patani untuk mempelajari pelbagai cabang ilmu.
Kisah Sunan Gunung Jati banyak diputar belit bagi menghapuskan identity sebenar beliau. Ini kerana darah bapa beliau yang masih pekat dan dekat dengan asal usul Wali Songo. Kedua-dua belah pihak ayah dan ibunya memiliki darah Kesultanan, jadi tidak hairanlah beliau adalah satu-satunya anggota Wali Songo yang berdakwah menerusi sistem pemerintahan Kesultanan di Cirebon atau dikenali sebagai Kesultanan Pakungwati.
Sunan Drajat
Sunan Drajat

Raden Qosim bin Maulana Ahmad Rahmatullah adalah putera Sunan Ampel yang juga adik kepada Sunan Bonang. Beliau dilahirkan pada tahun 1470 dan tahun beliau meninggal serta umurnya tidak diketahui dengan jelas.
Beliau belajar agama di pesantren Sunan Ampel. Sebelum membuka pesanteran di Desa Drajat, beliau terlebih dahulu berdakwah di Gresik dan Lamongan.
Sunan Kudus
Sunan Kudus

Nama aslinya Jaafar Shoddiq bin Utsman Haji. Tiada catatan jelas tahun kelahiran beliau tetapi dikatakan meninggal dunia dalam tahun 1550.
Beliau banayk mempelajari ilmu agama dengan Sunan Kalijaga serta meneruskan kaedah yang sama untuk berdakwah.  Bapanya Utsman Haji (Sunan Ngudung) adalah Panglima Perang Kesultanan Demak. Setelah bapanya meninggal dunia, Sunan Kudus pula telah dilantik Kesultanan Demak sebagai Panglima Perang.
Sunan Muria
Sunan Muria

Raden Prawoto bin Raden Said adalah putera Sunan Kalijaga. Bagaimana pun tiada catatan jelas tentang tarikh kelahiran serta umur beliau.
Belajar ilmu agama dengan ayahnya, Sunan Kalijaga serta banyak meniru cara ayahnya berdakwah. Belaiu lebih suka tinggal di desa terpencil untuk berdakwah. Beliau mudah bergaul dengan masyarakat, mengajar bercucuk tanam, berniaga dan menangkap ikan. Selain itu beliau juga sering dirujuk oleh Kesultanan Demak untuk medapatkan nasihat berkaitan pentadbiran dan masalah yang dihadapi oleh kerajaan.

Sunday, 26 February 2012

Ibrahim Asmaro: Bapa Ulama Nusantara



Sebelum ini penulis telah mencatatkan serba ringkas tentang putera sulung dan puteri tunggal Sayyid Hussein Kamadil Kubro, dari hasil perkahwinan pertama beliau dengan Puteri Mariam, yang dikenali sebagai Puteri Linang Cahaya, iaitu puteri Raja Chermin. Putera sulung tersebut ialah Maulana Malik Ibrahim, yang lebih terkenal dengan panggilan Sunan Gresik di Tanah Jawa. Manakala Puteri Aisyah merupakan cahaya mata kedua dari perkahwinan tersebut,yang  juga adalah satu-satunya zuriat perempuan Sayyid Hussein Jamadil Kubro.


Perkahwinan kedua Sayyid Hussein Jamadil Kubro dengan Puteri Ramawati, puteri Raja Champa yang bernama Sultan Zainal Abidin telah melahirkan Sayyid Ibrahim Zainul Akbar yang terkenal dengan panggilan Ibrahim Asmaro. Selain nama tersebut, beliau yang dilahirkan di Champa pada tahun 1356, juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti Syeikh Ibrahim al-Hadhrami al-Yamani al-Fathani, Ibrahim al-Ghozi, Ibrahim Asmarakandi, Ibrahim as-Samarqandi dan Zainuddin al-Akbar Ibrahim yang juga disebut sebagai Sunan Nggesik.
Nama Ibrahim Asmaro dan abangnya, Malik Ibrahim seakan sama, begitu juga gelaran Sunan Gresik dan Sunan Nggesik membuatkan ramai yang berpendapat kedua-dua individu tersebut adalah orang yang sama. Maulana Malik Ibrahim/Sunan Gresik (1350 – 1419) lahir di Champa, belajar di Kerisek, Patani. Datang ke Tanah Jawa pada tahun 1380 bersama rombongan Raja Chermin untuk berdakwah kepada Hayam Wuruk. Beliau meninggal dunia ketika berusia 69 tahun dan dimakamkan di Desa Kadilagu dekat Kota Demak (Bintara).
Ibrahim Asmaro/Sunan Nggesik (1356 – 1425) datang ke Tanah Jawa pada tahun 1419, bagi menyambung usaha dakwa abangnya, Maulana Malik Ibrahim/Sunan Gresik bersama-sama dua orang puteranya bernama Maulana Ahmad Rahmatullah/Sunan Ampel dan Maulana Ishaq/Sunan Wali Lanang. Kedatangan mereka tersebut di atas perintah Sayyid Hussein Jamadil Kubro yang mahu memastikan usaha dakwah Sunan Gresik mempunyai kesinambungan sehinggalah seluruh Tanah Jawa dihidupkan dengan cahaya Islam. Ibrahim Asmaro meninggal dunia dalam usia juga 69 tahun dan dimakam di Tuban.
Ibrahim Asmaro juga pernah belajar dan mengajar agama di Patani, kerana pada waktu itu Patani sudah menjadi pusat pengajaran agama yang telah berkembang pesat sebagaimana di Acheh. Kedatangan orang Arab dari India, Yaman serta Baghdad (ketiga-tiga tempat tersebut adalah tempat golongan Sayyid berketurunan Rasulullah SAW tinggal untuk meneruskan misi berdakwah) telah ke Acheh dan Patani menyebabkan Islam telah berkembang dengan pesat di Nusantara. Ulama kedua-dua negeri di Patani dan Acheh sering berhubung serta saling bertukar-tukar pandangan  untuk mendalami ilmu agama.
Perkahwinan pertama Ibrahim Asmaro dengan puteri Raja Champa bernama Chanda Wulan telah melahirkan 3 orang putera dan seorang puteri. Putera puteri tersebut ialah Maulana Ahmad Rahmatullah (Sunan Ampel), Maulana Ishaq (Sunan Wali Lanang), Maulana Ali Murtardho dan Siti Zainab. Sunan Ampel dan Maulana Ishaq kemudiannya telah bersama-sama bapa mereka ke Tanah Jawa lalu melahirkan zuriat keturunan mereka di sana. Sunan Ampel berputerakan Sunan Bonang dan Sunan Drajat manakala Maulana Ishaq pula berputerakan Sunan Giri.
Maulana Ali Murtardho pula ditinggalkan untuk berdakwah di Patani dan Champa sebelum ke Tanah Jawa. Sebahagian anak cucu Ali Murtardho juga berdakwah di Tanah Jawa melalui zuritnya, Sunan Kudus. Keturunan Ibrahim Asmaro paling ramai yang melahirkan Wali Sembilan (Wali Songo) bermula dari Sunan Ampel, Sunan Drajat, Sunan Giri dan Sunan Kudus. Sementara sebahagian lagi anak cucu Ali Murtardho menjadi ulama di Patani termasuklah Tok Bendang Daya serta Syeikh Wan Ahmad al-Fathani.
Perkahwinan kedua Ibrahim Asmaro dengan Wan Maimunah binti Syeikh Yusuf al-Syandani al-Fathani telah melahirkan Wan Hussein, Wan Jamilah Syandaniyah, Wan Muhammad Yasin dan Wan Abdul Rahman. Melalui perkahwinan dengan isteri kedua ini telah melahirkan ramai zuriat berketurunan ulama di Patani, Kelantan dan Kedah.
Perkahwinan Jamilah Syandaniyah dengan Wan Jaafar bin Sayyid Ali Nurul Alam bin Sayyid Hussein Jamadil Kubro (perkahwinan antara sepupu) telah melahirkan Tuan Minal, iaitu ulama besar di Patani pada zamannya. Manakala putera ketujuh Ibrahim Asmaro yang bernama Wan Muhammad Yasin telah melahirkan zuriat sehinggalah kepada Tok Syeikh Jarum Derga.
Ramai ulama berketurunan Ibrahim Asmaro terutama di Patani, Kelantan, Kedah, juga di Indonesia yang memainkan peranan besar bersama-sama golongan ulama lain untuk memelihara kedaulatan Islam di Nusantara. Raja-Raja di Nusantara yang memerintah negeri masing-masing telah meletakkan ulama sebagai penasihat utama dalam pentadbiran masing-masing.  Hari ini kita semestinya bersyukur dengan peranan para pendakwah ini, kerana bukan sahaja  kerana mereka berperanan dalam menjaga hal ehwal Islam semata-mata, bahkan soal keselamatan juga telah dipikul oleh mereka dengan redha. Tanggung jawab yang dipikul oleh golongan ulama ini pula bukan sahaja dalam konteks menjaga negeri masing-masing sahaja, tetapi semua negeri yang bersaudara seagama dengan mereka juga telah menjadi amanah kepada golongan ulama untuk memastikan agama Allah terus terpelihara.  Bumi Nusantara ini pula telah menjadi aman makmur berkat doa serta pengorbanan mereka tersebut. Namun keamanan ini menjadi punah apabila terdapatnya golongan yang tamak kuasa serta kemewahan dunia yang sanggup bersekongkol dengan musuh untuk menguasai negeri yang dibina dengan hasil darah keringat nenek moyang mereka terdahulu. Mereka sanggup juga mengkhianati amanah Allah Taala untuk memastikan supaya Islam sentiasa berada di atas junjungan, dengan membiarkan agama suci itu dirosakkan sedikit demi sedikit oleh musuh Islam.
Hasilnya, sehinggalah ke hari ini umat Islam tidak lagi mempunyai roh untuk menghayati kesucian agama Islam. Terdapat ramai umat Islam yang menuntut ilmu agama tetapi menggunakan agama itu sebagai platform peribadi dalam mengejar urusan dunia. Sebahagiannya lagi pula sudah tidak dapat lagi  membezakan hukum halal, haram, harus serta makruh. Islam sudah menjadi agenda remeh temeh berbanding politik, ekonomi, hiburan dan sukan!
Adakah kita sudah terlupa, suatu hari mentari akan terbit dari arah barat…

Monday, 20 February 2012

Misteri nama MALAYSIA

Ini artikel yang dipetik dari sebuah blog. Sebenarnya cerita mengenai misteri nama Malaysia ini ialah cerita lama tersebar di dalam dalam internet. Hairannya adakah Kerajaan Malaysia telah mengetahui hal ini atau ia adalah sejarah sebenar tanahair dan sengaja membiarkannya untuk direnungi. Tetapi... banyak tetapinya... jika benar, kenapa kerajaan tidak memperbetulkan sejarah... atau pihak kerajaan lebih berminat dengan artikel politik semata-mata... tanpa menghiraukan artikel sedemikian...

Berikut adalah sebahagian artikel yang telah penulis 'copy & paste':

APA YANG TERTULIS DAN DIAJAR DI SEKOLAH……
1.Tunku Abdul Rahman telah memperkenalkan nama Malaysia,selapas kemasukkan serawak dan sabah.
2.Pada tahun 16 September 1963. Singapura, Tanah Melayu (dikenali sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia.Tarikh asal ialah 31 Ogos 1963(ditunda kerana “konfrontasi Indonesia”).
3.Tanah Melayu(semenanjung) merdeka pada 31 Ogos 1957.
4.Malaysia antara negara yang mendapat kemerdekaan tanpa berperang(melalui rundingan).
5.31 Ogos 1957 Tarikh rasmi Malaysia merdeka.
6.16 September 1963 Tarikh rasmi 1Malaysia.

APA YANG  TERTULIS “TETAPI” TIDAK DIAJAR….
Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis, nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi.Menurut kajian yang dijalankan perpandukan beberapa bukti dibawah…
BUKTI PERTAMA.
DOKUMEN Malaysia:A Study in Direct and Indirect Rule.(terbitan 1937)
Artikel kajian tentang negara MALAYSIA pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY  Harvard University. Rupert Emerson yang merupakan PENASIHAT LUAR AMERIKA pada ketika itu serta professor of political science and international relations in Harvard University.
Malangnya dokumen rahsia Amerika Syarikat mengenai penubuhan negara Malaysia ini
telah dibuang di dalam website rasmi arkib Amerika Syarikat setelah artikel mengenainya diterbitkan di Universiti Teknologi MARA.Artikel itu bertajuk”Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001.”

Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule (terbitan 1937)


BUKTI KEDUA.
Filipina pernah bercadang untuk menukar nama negara mereka kepada Malaysia, tetapi hasrat tersebut terpaksa dibatalkan selepas penubuhan Malaysia yang merangkumi Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak diisytiharkan secara rasmi pada 16 September 1963.
BUKTI KETIGA.

Keratan akhbar Utusan Malaysia Julai 2009


satu artikel daripada akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh
1 Julai 1929 tentang mengenai bunga-bungaan di Negeri Sabah yang dirujuk nama kawasan tu sebagai “Malaysia”
BUKTI KEEMPAT.
Muka depan dan halaman Ripley's tahun 1929

buku Ripley’s edisi tahun 1929, cetakan tahun 1943, yang menulis tentang  nama “Malaysia”
ms 59:…this includes Mongolia, Manchuria, MALAYSIA, Tibet, China,,,,
ms 119: ..is a native of MALAYSIA…
MS 121: …the man eating clams of MALAYSIA…

BUKTI KELIMA.
Kulit depan novel The Pirates of Malaysia

Sebuah buku berbahasa Itali pula telah ditulis oleh Emilio Salgari berjudul I Pirati Della Malesia dan telah diterbitkan di Itali pada tahun 1896 . Nico Lorenzutti telah menterjemah buku tersebut ke dalam Bahasa Inggeris dengan judul ‘The Pirates of Malaysia’.
BUKTI KEENAM.
Penggunaan nama Malaysia juga telah direkodkan dalam akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Januari 1889 dalam laporan bertajuk “Geographical Notes in Malaysia and Asia” oleh J.E. Tenison-Woods, mengenai catatan perjalanannya ke semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu (Rujuk lampiran).
BUKTI KETUJUH.

Peta tahun 1914


Di Chicago, Amerika Syarikat, peta yang dikeluarkan pada tahun 1914 telah merujuk kawasan kepulauan nusantara ini sebagai “Malaysia”.
BUKTI KELAPAN
George Earl, seorang ahli etnologis berbangsa Inggeris telah memperkenalkan istilah Malayunesia pada tahun 1850 yang merujuk kepada kepulauan Indonesia pada hari ini.

BUKTI KESEMBILAN.
Jules Sébastien César Dumont d’Urville (23 Mei 1790 – 8 Mei 1842)
Maklumat terkini yang diperolehi menyatakan bahawa nama Malaysia sebenarnya telah mula-mula diperkenalkan oleh seorang pelayar berbangsa Perancis iaitu Jules Dumont d’Urville. Susulan daripada penjelajahan beliau ke kepulauan pasifik pada tahun 1826, beliau telah memperkenalkan tiga istilah iaitu ‘Malaisia’, ‘Micronesia’ dan ‘Melanesia’ yang membezakannya dengan budaya pulau-pulau di Polynesia. Pada tahun 1831, beliau telah mengemukakan ketiga-tiga istilah tersebut kepada Société de Géographie. Nama ‘Malaisia’ pada pandangan beliau merangkumi keseluruhan kawasan Kepulauan Melayu (Nusantara) yang pada hari ini meliputi kawasan selatan Thailand, Malaysia, Republik Singapura, Brunei Darussalam, Republik Indonesia dan Republik Filipina.

TEORI.

Markas pertama Freemasons di Pulau Pinang 1927


Sebenarnya nama Malaysia ini telah wujud lama.Dikatakan Malaysia adalah salah-satu dari rancangan masa panjang Freemason.Pertubuhan rahsia dajjal yang ingin menghapuskan pengaruh Islam dan mengawal sosial politik sesebuah negara.Selapas kejatuhan empayar teakhir umat Islam iaitu kerajaan Turki Uthmaniah pada 3 Mac 1924(terbukti perbuatan Freemason),Islam di asia tenggara baru sahaja mula berkembang.
Ada juga yang mengatakan Malaysia tidak berperang untuk mendapatkan kemerdekaan kerana telah dirancang oleh Freemason.Supaya rakyat tidak menganggap British sebagai musuh dan sekaligus menjadikan British sebagai ‘Role Model” dalam mentabir urusan negara.Freemason berasal dari Eropah,dan hampir kesemua kerabat diraja Britain dan ahli politik Britain adalah Freemason.

Dato Onn Jaafar: Pengasa Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau nama yang telah diinggeriskan menjadi United Malay Nation Organisation (UMNO) atas sebab British mengharamkan sebarang parti yang tidak diinggeriskan.


Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:
“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.
Saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.
Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan-pekerjaan dan tanggungan saya itu…“
Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:

Realitinya, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi.Dato Onn Jaafar meletakkan jawatan dan digantikan oleh Tunku Abdul Rahman.

MEREKA YANG MENENTANG PENUBUHAN MALAYSIA
Lim Chin Siong                                                                                                                                                       Said Zahari                                                                                                                                                             gabungan Putera AMCJA                                                                                                                                           Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy                                                                                            Presiden Indonesia Soekarno

FAKTA
Di bawah ini pula merupakan antara cadangan rekabentuk bendera-bendera yang termasuk dalam senarai akhir untuk dipilih menjadi bendera Malaya dalam tahun 1949 dahulu, sebelum dibuat sedikit pengubahsuaian dan seterusnya digunakan sehingga kini apabila Negara Persekutuan Malaysia diisytiharkan :






Empayar Chermin: Kebangkitan Semula Nusantara


Siapakah yang benar-benar mempunyai bukti bagi menerangkan sesuatu peristiwa yang dinamakan sejarah Melayu terdahulu? Dari manakah sumber catatan yang menjadi bukti sehingga terbukunya subjek sejarah yang diajar serta dirujuk oleh masyarakat hari ini? Jawabnya dari Inggeris, dari luar negara…
Di manakah pula sumber dari orang Melayu sendiri…? Jawapannya juga ada di dalam sejarah Melayu yang di’kaji’ oleh bangsa asing… sumber dari bangsa Melayu sendiri adalah tidak sahih???


Syabas kepada pengkaji sejarah generasi baru yang benar-benar jujur dalam mencari kegemilangan bangsa mereka suatu masa dahulu. Dan di dalam pengkajian mereka, sudah hampir-hampir membongkarkan sesuatu yang misteri… mungkin menjadi kontroversi…. Dan sangat bertentangan dengan sejarah yang sangat masyhur kini….
Ketandusan akal disebabkan kuasa dan politik menyebabkan sejarah Melayu perlu dikaji semula… menurut selera mereka… yang berkepentingan…!!!! Hang Tuah tidak wujud… sejarah Melaka dikaji semula mengikut versi penjajah yang lain dari sebelumnya….
Selamat bersejarah kepada ahli sejarah yang menggunakan sejarah untuk keperluan isi perut dan isi rumah….


Sejarah Empayar Chermin…..!!!!



Asal Chermin
Empayar Chermin telah wujud kira-kira seiring dengan tenggelamnya nama Empayar Langkasuka, iaitu sebuah empayar yang wujud serta keluasan takluknya tidak terakam dengan tepat di dalam buku-buku sejarah di zaman berteknologi tinggi kini. Boleh dikatakan bahawa Empayar Chermin ini adalah warisan atau kesinambungan daripada kerajaan Empayar Langkasuka, begitu juga para raja-raja yang memerintah Empayar Chermin ini adalah keturunan Raja-Raja Sriwijaya.

Penguasaan Empayar Chermin
Menerusi asakan oleh tentera Siam, Raja Langkasuka telah berundur dari Cahaya di Segenting Kra dan membuka penempatan serta pusat pemerintahan di Kota Mahligai, pada abad ke-14. Dari situ maka bermulalah nama Chermin yang seakan mempunyai nama penghubung dengan penempatan awal kerajaannya di Cahaya. Semasa bermulanya keberadaan Empayar Chermin, nama Patani masih belum muncul. Asakan berterusan oleh tentera Siam menyebabkan pusat pemerintahan Chermin dipindahkan pula ke Kota Jiddah.  Setelah munculnya Kerajaan Patani pada abad ke-15, Empayar Chermin semakin mengucup, sehingga sedikit demi sedikit namanya semakin pudar sehinggalah wujudnya negeri yang dikenali sebagai Kelantan.
Menurut sesetengah riwayat, keluasan Empayar Chermin pernah menjangkau sehingga ke sebahagian negeri Perak sekarang, sebahagian negeri Kedah, ke sempadan Ligor sehinggalah Singgora. Disebabkan asakan serta perluasan Kerajaan Siam, maka lama kelamaan Empayar Chermin semakin mengecil, sehinggalah munculnya Kerajaan Patani, yang juga berasal dari Kota Mahligai, telah bangkit sebagai sebuah kuasa baru yang kuat bangkit menentang penguasaan Siam. Kekuatan Kerajaan Patani dapat diukur dari keluasan negeri yang berada di bawah naungannya, bermula dari Pahang sehinggalah ke Segenting Kra. Penguasaan Patani dalam merampas kembali kedaulatan negeri-negeri Melayu setelah berjaya menundukkan Ligor yang sentiasa mendapat bantuan dari Kerajaan Siam di Indo-China.



Champa: Asal Langkasuka-Nusantara
Chermin dan Patani sebenarnya adalah asalnya dari satu pemerintahan, juga adalah sebuah negeri yang sama. Raja-Raja yang memerintah Patani juga adalah bersaudara dengan Raja negeri Chermin, iaitu dari keturunan Maharaja Sriwijaya. Maharaja Sriwijaya itu sendiri sebenarnya asalnya dari negeri Chermin yang dikaitkan hubungan Medan Kemulan yang terdapat di Kelantan dan Medan Kemulan di Jawa, serta asal usul lagenda  Aji Saka yang melahirkan keturunan Raja-Raja Jawa. Namun ketika itu nama Sriwijaya masih belum masyhur, walaupun Chermin (Langkasuka) adalah tempat kelahirannya. Begitu juga asal usul Aji Saka adalah bermula dari Champa (Empayar Funan di Indo-China) yang berhijrah ke Langkasuka serta kemudiannya ke Tanah Jawa bagi mengembangkan zuriat yang bakal melahirkan Empayar Sriwijaya Agung, meliputi pemerintahannya ke seluruh Nusantara. Sedangkan bermulanya kedaulatan Kerajaan Sriwijaya adalah di Segenting Kra, meliputi Indo-China sehinggalah ke Champa. Kemudian pasang surut serta pusingan roda hukum karma yang menyebabkan Kerajaan Sriwijaya berundur ke Palembang di Sumatera bagi mengumpul semula kekuatan yang akhirnya berjaya menaikkan maruah bangsa Melayu untuk mentadbir serta menyusun pemerintahan di seluruh pelusuk bumi Nusantara.
Kelak setelah kedatangan Islam, putera-putera Raja dari Empayar Chermin kembali ke Champa, berjuang menentang penjajahan Vietnam seterusnya dilantik sebagai Raja Champa. Kemudian keturunan Raja Champa ini kemudiannya mengisi ketandusan pewaris tahta Kesultanan Kelantan dan Patani sehinggalah ke Seluruh Nusantara.

Chermin: Patani-Kelantan
Setelah Patani meluaskan semula penguasaanbangsa  Melayu di Segenting Kra, nama Chermin semakin terselit di celah lipatan keagungan Patani. Jika diperhatikan, sekiranya Chermin adalah saki baki Empayar Langkasuka, Patani juga boleh dikira sebagai tapak kebangkitan semula Empayar Chermin yang telah bertukar menjadi negeri Kelantan.  Sejarah pemerintah serta raja-rajanya juga adalah secara rawak dan silang dari keturunan yang asalnya sama. Sehinggalah kemuncaknya, Patani adalah pusat kepada pemerintahan raja-raja Melayu di sebelah Timur Tanah Melayu sehinggalah ke Segenting Kra. Raja Patani dengan sendiri dilihat lebih tinggi kedudukannya berbanding negeri di bawah naungannya.

Kelantan-Majapahit
Seperti secara umum yang telah diketahui bahawa Kelantan dan Majapahit adalah bersaudara. Persaudaraan tersebut adalah hubungan yang diperbaharui bagi menyambung kembali persaudaraan keturunan Lagenda Aji Saka, yang dikira sebagai datuk nenek orang Melayu di Nusantara. Semasa pemerintahan Empayar Sriwijaya, Kerajaan Sriwijaya tidak merampas tahta pemerintahan negeri di bawah naungannya. Menerusi ikatan perkahwinan, raja-raja pewaris tahta seterusnya adalah memiliki kedua-dua keturunan, iaitu Sriwijaya serta raja pemerintah yang asal. Begitulah hubungan persaudaraan diperbaharui dalam pemerintahan Sriwijaya. Dalam erti kata lain, pemerintahan Sriwijaya adalah bukannya secara menakluk, tetapi secara ikatan persaudaraan serta pengukuhan politik (pemerintahan) serantau bagi mengelakkan penguasaan bangsa lain yang ganas terhadap bangsa Melayu. Penduduk Jawa ramai berhijrah ke Chermin setelah Majapahit berjaya membantu Chermin menghalau Siam keluar dari bumi Melayu itu. Proses asimilasi ini telah membentuk pola kata unik di Kelantan bahkan pengaruh budayanya juga ikut diwarisi sehingglah ke hari ini.
Setelah kedatangan Islam ke Empayar Chermin, proses melengkapkan keturunan Bani Jawi juga berlangsung dengan teratur.Melalui perkahwinan dengan puteri diraja Chermin yang melahirkan zuriat pada kemudian menaiki tahta Kerajaan Kelantan. Penyebaran Islam ke Tanah Jawa yang dilakukan oleh pendakwah berdarah Kesultanan Kelantan-Champa juga bermula dari Empayar Chermin.

Patani-Kelantan
Semasa puncak penguasaan Patani di timur dan utara Tanah Melayu, Kelantan adalah saudara paling dekat dan rapat dalam menikmati atau mengharungi segala susah payah menyatukan bangsa Melayu di bawah satu pemerintahan pusat. Kemewahan di Patani bererti Kelantan turut sama dapat merasai nikmat tersebut, disebabkan bukan sahaja persaudaraan antara raja-rajanya, bahkan sejarah Langkasuka serta Champa membuatkan rakyat kedua-duanya  mempunyai pertalian persaudaraan yang rapat. Sehinggakan boleh diumpakan bahawa Raja Patani  dianggap bapa kepada rakyat Kelantan begitu juga Raja Kelantan juga adalah bapa kepada rakyat Patani. Hal ini adalah disebabkan seolah-olah tiada batas sempadan negeri bagi kedua-dua kerajaan Melayu tersebut.

Kemuncak Ketibaan Islam: Kelantan-Patani
Islam telah tiba di Nusantara pada kira-kita abad ke-8 Masehi melalui mubaligh atau pendakwah yang singgah semasa dalam perjalanan ke China. Terdapat juga riwayat yang menyebut bahawa terdapat ulama berdarah Arab dari Acheh yang datang berdakwah ke negeri Chermin. Namun ketika itu tahap penerimaannya masih terlalu sedikit serta amalan mereka masih bercampur baur dengan ajaran Hindu-Budha yang dianuti oleh datuk nenek mereka terdahulu. Puncak penerimaan dakwah Islam secara meluas ialah pada pertengahan abad ke-14 Masehi. Kedatangan Sayyid Hussein Jamadil Kubro bersaudara telah membangkitkan gelombang penerimaan Islam secara meluas. Chermin adalah tempat pertama yang dipijak oleh beliau dalam misi dakwahnya. Di Chermin, keturunan beliau telah membuka Kampung Sena (as-Sanawi), Jering/Jerim (al-Jarimi) serta beberapa kampong lagi di Patani (ketika itu nama Patani masih belum muncul). Setelah itu lahirlah golongan ulama yang ramai sehingga menjadi tumpuan luar ke patani dan Kelantan untuk mendalami ilmu agama.



Penyebaran Islam: Dari Champa-Chermin ke Seluruh Nusantara
Di Chermin, Sayyid Hussein Jamadil Kubro telah mengahwini Puteri rajanya yang bernama Puteri Linang Cahaya atau Puteri Mariam. Kemudian beliau membawa isterinya itu ke Champa untuk menyambung misi dakwahnya. Semasa di Champa, Puteri Mariam telah melahirkan seorang putera dan puteri. Putera tersebut ialah Maulana Malik Ibrahin (Sunan Gresik) dan adik perempuannya pula bernama Puteri Aisyah. Kedua putera dan puteri ini kemudian meneruskan usaha dakwa ayahanda mereka, dari Champa ke Tanah Jawa. Melalui perkahwinan dengan isteri kedua, iaitu puteri Raja Champa bernama Puteri Ramawati, telah melahirkan generasi Wali Sembilan (Wali Songo) serta golongan ulama/pemerintah yang kemudiannya mengembangkan dakwah Islamiyyah di kepulauan Indonesia. Mereka ini kelak bergabung dengan generasi pendakwah yang telah datang lebih awal sebelum mereka, seperti keturunan ulama/pendakwah/Sultan dari Acheh (yang sebelum itu telah banyak mengIslamkan kerajaan Melayu di sebelah Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu). Keturunan ini juga turut bergabung dengan pendakwah dari India dan Arab yang datang terkemudian lalu membentuk ikatan persaudaraan Islam yang mantap. Gabungan ulama-ulama inilah juga yang bangkit menentang penjajahan Portugis, Belanda serta Siam. Namun rahsia Allah Taala menerusi Qada’ dan Qadar-Nya, memperlihatkan bumi yang subur dengan Cahaya Islam ini jatuh satu demi satu kepada musuh Islam…..
Chermin adalah tempat kebangkitan Islamdi Nusantara, dari keturunannya raja-rajanya juga telah melahirkan kerajaan-kerajaan Melayu dan Islam, serta banyak lagi sejarah yang masih belum terungkai tentang Empayar Chermin yang banyak memainkan peranan penting dalam perkembangan sejarah silam Nusantara…. Dan kini apakah sudah wujud petanda Kebangkitan Semula Empayar Chermin: Kelantan-Patani… ke Nusantara???